14 September 2016

Persona Ku Di Manja.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Asik "manjakan" si badak hitam aku tu je, kali ni, ada rezeki lebih sikit kita "manjakan"(thanks to my wife sponsor new paint) si persona tu pulak.. Ye la kan, dah 2, 3 kali dia merajuk so kena la manjakan hahaha.

Takde buat menda sangat pun.. cuma spray semula persona tu. Warna asal. Malas nak tukar warna lain. Kalau warna lain sure la kena spray luar dalam.

Aku hantar spray kat bengkel ayah student aku. Kebetulan student aku tu post gambar kereta dia (kat FB) nak kena repair, so aku pun tanya la samada ada buat spray kereta. Dia jawab ada. So aku pun bawak la persona aku tu datang mengadap En. Abdullah tu (ayah student aku tu). En. Abdullah kata boleh, takde masalah. 

Tapi awal awal lagi dia dah inform yang dia bukan professional.. nak dapatkan warna asal 100% pun tak boleh. Bagi aku tak kisah, asalkan takde lagi sopak sopak kat persona aku tu. Kebetulan aku cuti 1 minggu lebih, so bolehlah hantar persona tu untuk spray.

-Persona sebelum mendapat/menerima kulit baru-

Aku mintak wife aku inform student tu amik gambar sikit masa proses "makeover" persona tu. So ada la a few gambar yang student aku tu hantar.






-Lite Gold untuk persona ku- 
-Dah sembur clear coat.. tu yang kilat tu hehehe-



Dalam 2 minggu lebih gitu, persona pun siap. Alhamdulillah.. nampak "muda" la persona aku tu HAHAHA!

-Dah pasang bumper clip kiri kanan dan sticker R3 cermin depan-





Bila dah siap spray, maka datanglah idea nak letak stiker, spray grill depan.. so bermulalah projek "gatal tangan" terhadap persona aku tu.

-Gi kedai eksesori kereta tampal sticker R3 bahagian tepi-

-Projek menggelapkan grill depan. Kalau tak nampak cerah semacam je bahagian depan persona aku tu. Dekat sejam gak la aku tampal/cover bahagian yang tak perlu kena spray-

-Grill cerah-

-Grill gelap-

-Aku guna spray ni lah.. RM6.80 setin-



-"Sayap" belakang yang ada logo proton tu pun aku spray flat balck-

Lepas tu "gatal tangan" sikit untuk tambah lining kat atas stiker R3 tepi tu hehehe.





Kos untuk persona aku ni:
Spray: RM1500.00.
Stiker R3 cermin + bumper clip: RM68.00 (kedai eksesori kereta).
Spray flat black (2 tin) + masking tape 1 + thinner sebotol: RM23.00 (kedai hardware).
3M double sided tape: RM17.90 (99 Speedmart).
Stiker R3 tepi: RM80.00 (kedai eksesori kereta).
Sarung antena baru: RM20.00 (yg lama dah koyak) (kedai eksesori kereta).
Stiker lining: RM4.80 x 3 = RM14.40. (kedai stiker/serbeneka.. err..pandai pandai la korang cari).

Tu je lah setakat ni.


Wassalam.