29 October 2017

Ride ke Teluk Intan (28 Oktober 2017).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Rasanya lama dah tak ride. Haritu cadang nak join ride V3 ke Johor, tapi aku kensel sebab hujan lebat pagi tu kat rumah aku, So malas nak keluar hujan hujan hehehe.

Kali ni V3 set nak ke Teluk Intan. Last aku ke sana tahun 1991, tu pun naik motor gak.. motor RXZ. So kalau dah kat sana sah sah la naik menara condong tu. Tapi memula RV kat Shell Kuala Selangor. 3 biji motor je yang dapat join (so 6 orang la termasuk pillion). Sarapan di Warung Pak Abu. Pastu gerak ke Teluk Intan. Pastu pi Bagan Nakhoda Omar pekena mee udang dan nasi goreng udang. Last stop ke Condol Borhan.

Korang tengok lah gambar gambar yang aku sempat snap.


-Warung Pak Abu Kuala Selangor. Cadang nak pekena nasi lemak, tapi dah abis, so pekena roti canai. Sedap oooo- 


-Tengah tunggu oder-

-Alhamdulillah.. dah selamat sampai Teluk Intan selepas jenuh menghadapi jem dan jalan yang under construction- 

-Sebahagian pekan Teluk Intan-


-Manara Condong Teluk Intan. Masuk free. Cuma tulis nama di buku pelawat-

-Sebelum naik menara, pekena air kelapa sejuk dulu-

-Ladies only. Sebelum naik menara, harus bergambar dulu hahaha-

-Mens only pulak-



-Ada yang berminat bergambar dengan motor kitorang. Siap pesan gi melawat Pasir Salak lagi tu-

-Bahagian dalam menara-




-Part ni tak leh naik tau-

-Singgah solat dulu di Masjid Sultan Idris II sebelum ke BNO-

-Cantik, bersih dan besar masjid ni. Siap ada kedai kedai lagi dalam kawasan masjid-

-Dah sampai BNO. Hisap rokok dulu,baru makan hahaha-


-Waktu operasi dan antara menu yang ada-

-Mee udang. Memang banyak udang bak hang- 

-Aku oder nasi goreng udang. Banyak lagi udang bawah nasi tu-






-Last stop Cendol Borhan. Sempai sampai, oder dan makan sebelum kedai tutup. Kedai tutup kol 7 malam ye- 



-Aku oder cendol durian jagung. Memang stim hang kata-


Minyak: RM17.00 (dari rumah sampai stesen minyak ada 2 bar).
Makan: RM50+/-.
Jarak: 263km.

Safe ride!

Wassalam.

16 September 2017

Memanjakan Si Badak Hitam.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah lama dah aku nak buat modi ni kat badak hitam aku tu. Alhamdulillah, Allah makbulkan hasrat aku ni hehehe.

Aku nak pasang fog light dan hon siput kat badak hitam aku tu. Pernah la ada sekali tu, gi satu kedai ni.. tanye pasal fog light, dia kata ada. Tapi bila gi kedai nak pasang, dia tak tau nak pasang kat mana (sebab motor aku tu er6f, kalau er6n senang sikit sebab naked -- kata dia).

Pastu ada gak nak pasang hon siput tu, tapi still "tak ada tempat nak pasang" -- kata dia.

So kali ni aku nekad tanye kedai Gengmotor kat Sungai Buloh (Jeram) tu, pasal fog light. Then pada 12 Sept haritu, aku singgah dan terus pasang. Senang je mekanik tu cari tempat nak pasang lampu tu. Aku pilih yang kecik je.. kalau nak pasang yang besar, aku kena la tukar motor.. amik Multistrada hehehe.

-Depan kedai Gengmotor, Sungai Buloh (sumber imej: FB Gengmotor)-

-Lampu jenis ni yang dipasang kat badak hitam aku tu (sumber imej: FB Gengmotor)-


So, harga barang + upah pasang adalah RM250 (jaminan kedai selama setahun).

-Ready untuk modification-

-Pemasangan sedang berlangsung- 
-Dah siap!-


Dua hari lepas tu aku singgah lagi kedai tu untuk pasang hon siput. Memang kuat bunyi hon siput tu bai hahaha.. 

-14 Sep: tengah tunggu nak pasanghon siput-

-Lokasi kedai-

OK.. citer banyak pun tak payah.. kalau korang nak tau apa lagi yang ada kat kedai tu, boleh tengok kat FB Gengmotor tu sendiri.. Korang contact la sendiri ya. Tapi aku memang rekomen kedai ni kalau korang nak pasang apa apa.. Call/Wasup la dulu sebelum terjah.

Safe ride!


Wassalam.

Multimedia Mini Exhibition (5 Sept 2017).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Untuk kelas IMS3133 Multimedia Production Management, kali ni aku mintak student aku buat multimedia mini exhibition. Sebelum sebelum ni student aku buat bengkel forografi la.. bengkel audio video la.. Kadang kadang kalau lecturer lain yang mengajar subjek ni, ada gak diorang buat pertandingan yang ada kaitan dengan multimedia.

So tema yang aku bagi pada diorang ialah UNISEL Sinar Bestari. So kena la buat poster, flyer dan pilih antara video promosi, interactive, game atau website dan sebagainya.

Jadi, pada 5 September lepas, pameran ni kitorang buat kat lab komputer dan aku jemput 2 lecturer lain untuk jadi penilai. Student pun 14 orang aje hehehe











Wassalam.

11 June 2017

Cornea Vision Optometrist (Part 2).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Haaa.. ni citer pasal kedai cermin mata Cornea Vision Optometrist (part 2). Citer part 1 boleh klik sini.


Haritu (sebelum puasa), bawak lagi mak & pak mertua aku buat spek. Aku bawak diorang ke kedai kat Kuala Selangor tu jumpa manager kat sana, En. Man.








Lepas tu dalam seminggu puasa, aku bawak anak aku yang sulong tu buat spek pulak. Kali ni gi kedai yang kat Meru tu pulak. So jumpa manager/owner Cornea Vision tu, En. Syamzari.








Alhamdulillah.. kualiti servis dan kualiti cermin mata memang terbaik.. dan harga amat berpatutan.

So, kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah ke Cornea Vision Optometrist di Meru atau di Kuala Selangor (100% milik bumiputra dan diyakin halal hehehe).

Meru
No. 32, Jalan Meranti Putih 9/KU10
Taman Desa Permai, Meru
41050 Klang, Selangor
(Syamzari: 017 570 66 34)  

Kuala Selangor
No. 58, Jalan 1, Taman Paduka
45000 Kuala Selangor
Selangor
(Man: 016 520 34 07)

Jom la.. apa tunggu lagi? Hehehe


Wasslam.