29 October 2017

Ride ke Teluk Intan (28 Oktober 2017).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Rasanya lama dah tak ride. Haritu cadang nak join ride V3 ke Johor, tapi aku kensel sebab hujan lebat pagi tu kat rumah aku, So malas nak keluar hujan hujan hehehe.

Kali ni V3 set nak ke Teluk Intan. Last aku ke sana tahun 1991, tu pun naik motor gak.. motor RXZ. So kalau dah kat sana sah sah la naik menara condong tu. Tapi memula RV kat Shell Kuala Selangor. 3 biji motor je yang dapat join (so 6 orang la termasuk pillion). Sarapan di Warung Pak Abu. Pastu gerak ke Teluk Intan. Pastu pi Bagan Nakhoda Omar pekena mee udang dan nasi goreng udang. Last stop ke Condol Borhan.

Korang tengok lah gambar gambar yang aku sempat snap.


-Warung Pak Abu Kuala Selangor. Cadang nak pekena nasi lemak, tapi dah abis, so pekena roti canai. Sedap oooo- 


-Tengah tunggu oder-

-Alhamdulillah.. dah selamat sampai Teluk Intan selepas jenuh menghadapi jem dan jalan yang under construction- 

-Sebahagian pekan Teluk Intan-


-Manara Condong Teluk Intan. Masuk free. Cuma tulis nama di buku pelawat-

-Sebelum naik menara, pekena air kelapa sejuk dulu-

-Ladies only. Sebelum naik menara, harus bergambar dulu hahaha-

-Mens only pulak-



-Ada yang berminat bergambar dengan motor kitorang. Siap pesan gi melawat Pasir Salak lagi tu-

-Bahagian dalam menara-




-Part ni tak leh naik tau-

-Singgah solat dulu di Masjid Sultan Idris II sebelum ke BNO-

-Cantik, bersih dan besar masjid ni. Siap ada kedai kedai lagi dalam kawasan masjid-

-Dah sampai BNO. Hisap rokok dulu,baru makan hahaha-


-Waktu operasi dan antara menu yang ada-

-Mee udang. Memang banyak udang bak hang- 

-Aku oder nasi goreng udang. Banyak lagi udang bawah nasi tu-






-Last stop Cendol Borhan. Sempai sampai, oder dan makan sebelum kedai tutup. Kedai tutup kol 7 malam ye- 



-Aku oder cendol durian jagung. Memang stim hang kata-


Minyak: RM17.00 (dari rumah sampai stesen minyak ada 2 bar).
Makan: RM50+/-.
Jarak: 263km.

Safe ride!

Wassalam.