19 December 2018

Persona Ku Merajuk (Part 5).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Allahuakhbar... merajuk lagi si angsa emas aku ni. Benda ni jadi masa aku & family nak keluar makan.. masa tu cuti birthday Sultan Selangor. Sebelum gi makan, singgah la kedai buku. Lepas dari kedai buku, alhamdulillah sebab perasan temperature kereta naik maximum. Patut la aircond tak sejuk sangat.

So berenti tepi kejap, off enjin, relax kejap. Cek air dalam tabung tu ada.. try start semula, meter suhu mula mula ok, lepas tu naik. Contact la a few kenalan untuk nasihat. Dalam 30 minit pas tu, start semula enjin, meter suhu normal. Tu pun sebab kipas yang tadi tak jalan, dah jalan semula. Tu pun aku ketuk ketuk sikit kat motor kipas tu. So terus ke bengkel mintak diorg check. Sampai sana semua ok je.. aircond sejuk, kipas pun jalan hahaha.. so balik la rumah..

Esoknya masa balik dari kerja, jadi lagi. Suhu naik maximum. Tengok tengok, air dah kering. Tambah air, ketuk ketuk sikit motor kipas tu, semua ok.

Sabtu gi bengkel, ganti motor kipas. Lain lain ok, radiator takde bocor, hose semua ok. Lepas dah ganti, aircond pun sejuk macam biasa.





-Peneman setia ayah-

-Motor kipas baru-

Tapi masalahnya sekarang, air dalam tabung tu asik kurang je. Dan tambah dari rumah, bila nak balik check, dah abis. Tambah lagi. Masalah ni aku belum bawak gi bengkel lagi. Huhuhu dugaaaaaan.   


Wasalam.

07 December 2018

Almari Untuk Riding Gear.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah lama tak buat entry.. ni aku buat entry sikit. Tak de citer penting pun hahaha.

Selama ni aku simpan helmet, jaket dan kasut ride kat dalam stor. Letak gitu je. Nampak macam tak best pulak bila dah lama macam tu. So aku beli je lah almari zip yang untuk letak baju (asalnya). Aku beli almari pasang sendiri tu sebab aku tengok ada space untuk letak helmet, gantung jaket dan boleh letak kasut. Beli kat Econsave. Memula aku tengok harganya dalam RM49 gitu, tapi bila aku nak beli dan naik RM56 pulak.. hmm beli je lah, tangguh lagi memang sah lagi lama la aku nak beli.

Senang je pasangnya. Dalam 30 minit kot siap. Tu pun sebab aku ada salah pasang. Bila dah siap, mula la aku susunatur kat dalam stor rumah aku tu.

-Compact je masa dalam kotak-

-Dah siap pasang-

-OK la tu dapat letak gloves, 4 helmet, 4 jaket, 4 pasang kasut. Ada lagi 4 helmet, tapi yang tu biar dalamkotak asebab dah tak pakai dah-

-Ada penutup jugak hehehe-


So sekarang dah nampak teratur la sikit.


Wassalam.

27 September 2018

Stiker Kawasaki.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah lama nak letak stiker Kawasaki kat badak hitam aku tu. Cuma tak jumpa je bila gi kedai stiker. Nak tempah memangtak la sebab diorg caj ikut huruf. Then kebetulan jumpa lak kat Shoppe, saiz 6 inci. RM7 utk 2 keping. OK la tu.. aku beli 2 set (4 keping RM14 + duit pos).

Bila dah sampai, apa lagi.. sesi menampal la kat badak hitam aku tu.

-Test letak macam ni.. nampak macam tak kena pulak. Sebab tu kena test letak dulu sebelum tampal betul betul-

-Belah kiri aku try macam ni pulak.Baru la nampak sesuai-

-So belah kanan aku try posisi yang sama macam belah kiri tadi. Ngam!-

-Siap tampal-

-Siap tampal-


Wassalam.

25 September 2018

Belai Si Angsa Emas.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Si angsa emas (Persona aku tu la hehehe) dah "berhingus" pulak.. Hahaha minyak hitam ada keluar dari enjin/valve cover tu la. Ni first time dia "berhingus". So apa lagi, kena la cari ubat. Sebelum ni masa parking kat rumah ada la nampak titisan minyak hitam kat lantai, tapi tu sebab nut bawah tu dah nak out. So bila ganti baru masalah hilang. Tapi kali ni bukan masalah tu, masalah lain pulak. Kena la ganti getah dalam cover tu.

So pergilah aku & wife ke kedai J & A Auto Service kat Sg Buloh (Sasaran) Jeram tu. Aku gi sana sebab setakat ni kalau repair apa apa kat sana semuanya OK.. alhamdulillah. Tak sampai sejam semua siap.. Kena caj RM80 utk barang & upah. Lepas tu gi hantar angsa emas ni mandi. Kali ni aku cuci enjin. Rasanya tak pernah aku cuci enjin kereta ni sejak aku beli.

-Berkeladak sangat sebab aku spray dengan WD40 utk "cairkan" taik minyak tu-



-Tengah operasi-



Lepas dah cuci tu, memang bersih la enjin aku tu, terutamanya bahagian bawah. Sebelum ni penuh taik minyak (sebab lelehan minyak hitam tu).


-Bersih berbanding sebeum ni-

-Ni baru lepas cuci.. aku tak "polish" lagi-


Next plan, tukar semua hose & tukar timing belt ;)


Wassalam

23 September 2018

Phone Holder.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Saje je beli phone holder untuk aku letakkan kat motor aku. Senang nak guna kalau ride solo ke tempat yang aku tak biasa. Macam ride solo ke Johor dulu. Masa pergi dan balik (half way je) aku guna Google Map pastu sambung earphone ke telinga aku. So wayar earphone tu aku letak dalam jaket, handphone aku dalm pouch. Kalau buat macam tu boleh dengar suara je lah.. tak nampak map nya.

So sebab tu lah ku beli phone holder yang boleh aku letakkan kat motor. Pastu beli gak bluetooth earpiece, supaya takde la guna earphone yang ada wayar tu lagi.

Dua dua barang tu aku beli kat Lazada. Bluetooth tu harganya RM36+RM4.75 (pos), phone holder tu RM18+RM4.75 (pos). Alhamdulillah semua barang sampai cepat dan dalam keadaan baik.

-Apa yang dapay: mounting jenis clamp, 2 foam alas dalam casing untuk serap getaran dan 1 waterproof casing. Masa buat entry ni aku tk try lagi pun ride dengan holder ni kat motor, so tak leh nak review tahap gegaran/getarannya-

Lepas dah dapat phone holder tu, aku pun godek godek la kat motor aku tu nak tengok kat mana yang sesuai letaknya. Saiz phone holder tu 6.5 inci. Handphone aku saiz 6 inci. Seali dengan casing dalam 6.3 inci. So ada laruang sikit bila letak handphone aku dalam phone holder tu. Takpe.. takde masalah pun, bior beli beso jangan beli kecik.

-Antara lokasi pilihan aku. Antara 1 hingga 4. First aku try kat No.3 tu tapi ada masalah sikit sebab casing akan senget sikit (so nak tengok pun macam tak best). Dan kalau handle gerak kiri kanan, akan kena windshield aku tu sebab aku guna windshield aftermarket. Option terbaik adalah di No.4, aku pasang kat hujung damper tu. Bila test handle, alhamdulillah takde gangguan-

-Pasang mounting dulu sebab nak set tahap kecondongannya-

-Pandangan atas mounting kat motor-

-Posisi phone holder. Aku posisikan secara melintang.. kalau menegak nampak pelik pulak (bagi aku laaaa)-



-Masih ada ruang untuk tangan aku selit masukkan dan ambil kunci dari motor-

Safe ride!



Wassalam.

12 September 2018

Badak Hitam Ku Merajuk (Part 3).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Merajuk lagi si badak hitam aku tu. Apa nak buat, motor dah berusia hehehe.

Plan asal nak ride ke Kelantan dan Terengganu untuk 3 hari 2 malam. Dah book hotel bagai. Tapi kita mampu merancang, Allah jua yang menentukan

Sehari sebelum ride aku hantar motor aku tu untuk servis. Ye la kan, nak ride jauh kena la check apa yang patut. So kali ni aku gi servis kat kedai Ah Wee, kedai baru dia kat area Setia Alam tu. Dulu kat Klang Sentral, la ni dia dah pindah. Nama kedai dia Taipan Bikers Sdn Bhd.

-Depan kedai Taipan Bikers Sdn Bhd. Kalau korang nak datang sini, Taipan Bikers ada dua kedai. Satu untuk motor kapchai, yang ni untuk motor besar-




Sampai kedai, terus servis. Bila si  Ah Wee tu start motor, dia kata starter relay bunyi dah "lain". Dengan kata lain, tanda tanda nak kong la tu. Aku kata takpe lah, tukar lepas balik dari ride nanti.


-Nak servis kena pergi belakang kedai-




-Aku guna minyak ni-

So servis la macam biasa, tuka minyak htam & filter. Dah abis servis aku pn balik. On the way, aku rasa motor macam semput/jerking sikit. Stop kejap, rem rem sikit, pastu jalan. Semua rasa ok je pas tu.

Sampai rumah, aku basuh motor macam biasa. Malam bila aku spray rantai motor, baru perasan ada paku kat tayar belakang tu. Alamak.. mood nak ride ada hilang sikit. Risau la.. nak RV esok pagi, takkan nak ride jauh dengan ada paku kat tayar tu. Tak senang hati la kan. So aku inform jemaah lain yang esok aku nak ke kedai motor dulu tampal tayar tu.





Pagi esoknya, first time bila aku turunkan motor daripada paddock stand tu, motor aku nak terjatuh. Syukur sempat tahan. Sakit gak la tangan ni menahan hahaha. So aku & wife pergi la Kuala Selangor, kedai Artic Tayar. Masa ride tu pun ada gak rasa jerking. Sampai dalam kol 9 pagi. Kedai tutup lagi, so tunggu la kedai bukak. Kol 10 baru bukak, bila check, paku dah hilang.. pulak. Rasanya just hujung besi/paku tu je yang melekat kat tayar aku tu. Memang takde bocor. Motor pun buat hal lagi.. tak nak start.. so kena la mintak tolong pak mertua aku datang bawak cable jumper. Bila dah start, terus balik rumah. Kensel ride.


-Dah ready untuk ride. Kucing tu tak ikut-

-Depan Artic Tayar Kuala Selangor-

Lepas Zohor aku gerak ke kedai Ah Wee. Pun ada rasa jerking 2, 3 kali. Sampai kedai, terus operate apa yang patut. Tengok je lah gambar gambar kat bawah ni.

-Ah Wee dah mula operate motor-

-Bukak apa yang patut-

-Petrolyang dikeluarkan dari tangki. Dah bercampur air. So tank karat. Bila dah karat, motor semput lah-

Punca masalah motor aku ni disebabkan air masuk dalam tank menyebabkan tank ada karat sikit. So karat campur dengan minyak. Bila dah bercampur, saluran minyak ada tersumbat sikit. Tu yang tak smooth bila ride tu. Air masuk melalui tank cap yang sepatutnya ada lubang untuk alirkan air keluar, tapi tak. Syukur fuel pump takde effect apa apa. Motor dah boleh laju hehehe.

Safe ride!


Wassalam.

20 August 2018

18-19 Ogos 2018 Punye Kerja.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah lama tak buat entry... kali ni saje je aku masukkan sikit pasal apa aku buat pada Persona & badak hitam aku tu.

Untuk Persona tu aku letak emblem lain kat depan dan belakang kereta tu. Dah lama dah tak ber emblem Persona aku tu. Kali ni aku letak emblem Alien yang aku beli melalui Shopee. Tu pun import dari China.

-Cover dulu bahagian yang sepatutnya-

-Bahagian belakang pun sama jugak, cover mana yang patut-

-Hasil lepas dah spray. Aku guna spray Samurai hitam biasan. Aku buat 3 layer. Lepas tu sembur dengan cspray Samurai clear coat, 3 layer jugak-

-Dah siap clear coat. Nampak tak rata sebab aku tak gosok betul betul sebelum aku spray (dasar pemalas hehehe)-

-ila dah kering, sila lah lekatkan emblem tu dengan lafaz BIsmillah dan dengan hati hati-




Lepas tu ada gak beli stiker (pun melalui Shopee) untuk badak hitam aku tu. Saje je letak stiker kaler hitam gak sebab aku nak efek antara nampak tak nampak.

-Sticker Captain Amerika satu warna. Test letak dulu hehehe- 


-Dah siap tampal. Juga dimulakan dengan lafaz Bismillah dan tampal dengan hati hati hahaha-



Wassalam.