25 September 2018

Belai Si Angsa Emas.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Si angsa emas (Persona aku tu la hehehe) dah "berhingus" pulak.. Hahaha minyak hitam ada keluar dari enjin/valve cover tu la. Ni first time dia "berhingus". So apa lagi, kena la cari ubat. Sebelum ni masa parking kat rumah ada la nampak titisan minyak hitam kat lantai, tapi tu sebab nut bawah tu dah nak out. So bila ganti baru masalah hilang. Tapi kali ni bukan masalah tu, masalah lain pulak. Kena la ganti getah dalam cover tu.

So pergilah aku & wife ke kedai J & A Auto Service kat Sg Buloh (Sasaran) Jeram tu. Aku gi sana sebab setakat ni kalau repair apa apa kat sana semuanya OK.. alhamdulillah. Tak sampai sejam semua siap.. Kena caj RM80 utk barang & upah. Lepas tu gi hantar angsa emas ni mandi. Kali ni aku cuci enjin. Rasanya tak pernah aku cuci enjin kereta ni sejak aku beli.

-Berkeladak sangat sebab aku spray dengan WD40 utk "cairkan" taik minyak tu-



-Tengah operasi-



Lepas dah cuci tu, memang bersih la enjin aku tu, terutamanya bahagian bawah. Sebelum ni penuh taik minyak (sebab lelehan minyak hitam tu).


-Bersih berbanding sebeum ni-

-Ni baru lepas cuci.. aku tak "polish" lagi-


Next plan, tukar semua hose & tukar timing belt ;)


Wassalam