20 January 2020

Gatal Tangan (Part 8).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Ada je benda yang aku nak godek untuk badak hitam aku tu hahaha. Kali ni aku beli Multi-function bracket (nama yang kedai tu bagi hahaha). Aku beli kat Lazada (pos cari China). Tujuan utama: letak kamera mengadap aku. Asalnya nak lekat kat windshield aje, tapi tak yakin pulak .






-Patut pasang macam ni-


Tapi tengok aku pasang macamana hehehe.

-Semua item cukup-

-Patut pasang kat area sini. Tapi ada masalah sikit sebab aku pasang damper. So area belah kiri tu dah "terkacau" sikit. Kena la improvise mana yang patut-

-Godek punya godek, last last dapat ilham untuk pasang kat sini. Tapak asal aku tak pasang, kita guna rod dia aje-

-Ini adalah situasi dimana aku dah test letak kamera dan phone holder. Phone holder tu pasang kat handle (macam sebelum ni). Nak pasang kat rod tu boleh, tapi kacau bila aku pusing handle.. kena kat windshield. So tak boleh lah maknanya hahaha-

-Dari POV rider. Boleh la nampak meter tu. Cuma gear indicator je kalau aku nak tengok kena panjangkan leher aku sikit-

Ride safe!


Wassalam.

Ride Sabak Salai (1 Januari 2020).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Tahun 2020 dimulakan dengan ride bersama V3 Bikers ke Sabak Salai, Negeri Sembilan. Lama dah tak ride dengan V3. As usual, RV aku adalah di R&R Seremban.

-Sampai R&R Seremban. Isi minyak dulu kat Shell. Pastu tunggu kat sini (antara Shell & Petronas). Punya la banyak motor yang nak ride. Rupanya Bro Z n Bro Ham pun tunggu kat sini-

-Sampai dah. Pun banyak motor kat sini. Pandai pandai la nak park-



-Dah makan dah ni. Masing masing lapar sebab dah nak tengahri hehehe-

-Tempat salai-

-Antara jemaah V3 Bikers yang join ride 2020 ni-

-Lepak kat Pantai Cahaya, Port Dickson. Tak jadi lepak Teluk Kemang sebab full house!-







-Alhamdulillah selamat sampai rumah. Tak ikut diorg pekena cendol, so aku gerak dulu-




Ride safe!


Wassalam.

Ride Warung Ibu Nasi Ambeng (25 Disember 2019).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Cerita 2019 ni.. lambat nak up hahaha.

Saje je ride masa cuti Krismas haritu. Dah lama tak running si badak hitam tu. So kali ni ride dekat je.. ride ke Warung Ibu Nasi Ambeng. Seperti namanya, memang sajian utama adalah nasi ambengLagipun ride ni boleh la aku try intercom yang aku dah pasang kat helmet tu.

Memang target nak makan tengahari kat warung tu. Sampai sampai je hujan. Tapi masa dah nak sampai tu dah mula renyai renyai. Yang bestnya, sampai je kat warung tu, salah sorang pekerja yang ada kat warung tu suruh aku park motor kat bawah rumah yang ada dekat warung tu (rumah kayu bertiang tinggi). Motor motor lain park kat luar je.. rezeki Allah bagi :)

Warung ni kat Kampung Sungai Gulang Gulang, Tanjung Karang. Kalau dari Kuala Selangor, warung tu belah kanan. Kalau dah sampai pekan Tanjung Karang means korang dah terlajak lah tu.

-Ada sign ni.. boleh nampak dari jalan-


-Hujan dah reda sikit. Orang pun ramai yang balik masa ni-

-Nampak tak rumah tinggi belahkiri belakang tu? Bawah rumah tu lah aku dapat park badak hitam aku tu. Terasa special pulak hehehe-


-Sebelum-

-Selepas-


Ride safe!


Wassalam.

13 January 2020

Gatal Tangan (Part 7).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Biasanya kalau tajuk Gatal Tangan, semuanya ada kaitan dengan badak hitam aku tu. Kali ni takde apa sangat, cuma letak stiker 3D (timbul) kat tank cap tu je. Seperti biasa, aku beli kat Lazada.

Letak tu pun sebab kat tank cap tu dah ada calar calar sikit. Sebelum ni cuba letak stiker carbon fibre tu sendiri, tapi mcm tak kena pulak. Last last beli je lah..


-Masih dalam bungkusan. Beli kat Lazada (Durian Bikers)-

-Tank cap asal sebelum tampal stiker tu-

-Dah tampal sikit. Tampal denganpenuh debaran dan perhatian masa tu sebab takut salah atau senget hahaha-

-Siap tampal sepenuhnya. Memang nampak lain la bila dah tampal. Stiker lembut, so ada senget sikit masa tampal tu, tapi tarik balik pelan pelan dan tampal semula-

-Lepas tu tampal pulak stiker Red Dynamic tu. Red Dynamic tu stiker latar tank cap tu. Saje je tampal hehehe-


Wassalam.