20 January 2020

Ride Warung Ibu Nasi Ambeng (25 Disember 2019).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Cerita 2019 ni.. lambat nak up hahaha.

Saje je ride masa cuti Krismas haritu. Dah lama tak running si badak hitam tu. So kali ni ride dekat je.. ride ke Warung Ibu Nasi Ambeng. Seperti namanya, memang sajian utama adalah nasi ambengLagipun ride ni boleh la aku try intercom yang aku dah pasang kat helmet tu.

Memang target nak makan tengahari kat warung tu. Sampai sampai je hujan. Tapi masa dah nak sampai tu dah mula renyai renyai. Yang bestnya, sampai je kat warung tu, salah sorang pekerja yang ada kat warung tu suruh aku park motor kat bawah rumah yang ada dekat warung tu (rumah kayu bertiang tinggi). Motor motor lain park kat luar je.. rezeki Allah bagi :)

Warung ni kat Kampung Sungai Gulang Gulang, Tanjung Karang. Kalau dari Kuala Selangor, warung tu belah kanan. Kalau dah sampai pekan Tanjung Karang means korang dah terlajak lah tu.

-Ada sign ni.. boleh nampak dari jalan-


-Hujan dah reda sikit. Orang pun ramai yang balik masa ni-

-Nampak tak rumah tinggi belahkiri belakang tu? Bawah rumah tu lah aku dapat park badak hitam aku tu. Terasa special pulak hehehe-


-Sebelum-

-Selepas-


Ride safe!


Wassalam.