20 July 2020

Gatal Tangan (Part 10).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Lanjutan dari projek side pannier haritu (cerita pernuh kat SINI), kali ni aku buat projek nak "ikat" saddle bag aku tu. So takyah nak sangkut kat seat guna tali saddle bag yang sedia ada tu. So takde la pillion duduk atas strap/tali saddle bag tu.

Saddle bag tu aku sangkut pada side pannier tu. Masukkan ke celah pannier tu. Tapi kena tambah velcro pada flap saddle bag. Jahit sendiri bagi kuat. Dan kena letak gak velcro kat beberapa tempat yang perlu. Lepas tu aku buat tali velcro supaya boleh "balut" saddle bag tu. Kiranya ada la safety sikit bila sangkut saddle bag tu.

Ni gambar gambar projek aku tu.


-Velcro saiz 4 inci lebar. Panjang aku beli 8 meter. Biar lebih jangan kurang. Kalau beli velcro ni memang datang dalam 1 set pelekatnya. Means part yang lembut dan part yang keras (lekat dan melekat). Boleh beli onine atau beli kay kedai jahitan/barang pegantin- 
-Ni jenis gam fabrik yang aku beli sekali dengan velcro tu. Memang kuat. Bila dah guna/bukak, simpan dalam peti ais. Don't worry, tak keras. Still boleh guna macam biasa-



-So pada bahagian velcro yang lembut tu, dijahitkan part velcro yang keras tu. Supaya masa lilit velcro tu nanti, boleh la melekat/bercantum-

-Ni part flap saddle bag aku tu. Yang ni aku jahit je-

-Part body saddle bag tu, aku guna gam-

-Part yang akan aku selitkan flap saddle bag tu-

-Part ni pun sama-

-Aku selit dalam ni-

-Selit macam ni-

-Lekatkan velcro yang dijahit pada flap tadi dan yang digam tadi. Dalam gambar ni part yang dah memang ada velcro asal pada saddle bag untuk silang/letak atas seat pillion-

-Kemudian strap velcro tu aku lilitkan saddle bag macam ni. Aman sikit hati bila ride nanti sebab tau ada benda yang "mengikat" bag tu-

-Kena buat dua lilit untuk setiap saddle bag-

-Part merah tu aku kena letak/gam velcro yang keras tu supaya strap velcro belah belakang tu tak melorot keluar-


-Ni velcro keras yang aku dah gam pada part bawah saddle bag. Buat kat dua dua bag ye-


Ride safe!


Wassalam.

01 July 2020

Persona Ku Merajuk (Part 6).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Part 6 dah kisah pasal angsa emas aku merajuk hahaha. OK, mula mula senarionya macam ni..

25 Jun 2020, lepas wife aku follow anta si badak hitam ke kedai Ah Wee, wife aku gi Kuala Selangor pulak hantar kereta pak mertua aku untuk repair aircond. Masa tu wife aku gi dengan mak di aje. Kereta siap esoknya (Jumaat). So Jumaat wife aku gi la dengan pak mertua aku dan sorang anak aku. Sampai je Kuala Selangor, kat simpang jalan besar lak tu, angsa emas aku "pengsan" pulak (enjin mati la). Kebetulan pomen aircond tu call kata kereta pak mertua aku dah siap. So wife aku mintak tolong la pomen tu datang. Dimudahan urusan, dapat la tarik angsa emas aku tu ke kedai servis sebelah kedai aircond kereta tu.

So 26 Jun 2020 (Sabtu), angsa emas aku dah siap operate. Fuel pump rosak. Sebelum ni dah kena gak masa kat Kapar (klik SINI untuk story tu), tahun 2017. So kali ni kena kat Kuala Selangor. Sebelum ni dah ganti radiator. Memang ada bocor kat radiator tu. Sebab tu masa jem atau jalan jauh sikit, tempreture naik maximum. Dah tukar radiator, alhamdulillah semua ok.

Untuk masalah fuel pump ni pulak, memang dah ada tanda tanda dah. Kereta susah nak start. Kalau start masa first time pulas pun, macam semput semput. Ni dah tukar fuel pump, start macam biasa dah.

So tengok lah gambar gambar ni ye.

-Time ni enjin dah stop. Tunggu pomen datang-

-Dah sampai depan kedai, pomen cek apa yang patut. Fuel pump dah kong- 
-Memandangkan dah pukul 7 malam, kena la masuk wad angsa emas aku tu-


-Yeay! Angsa emas dah sihat hahahaha!-


Total kos repair RM295.00 (RM235 fuel pump + RM60 upah). Jaminan 3 bulan.

Ni alamatnya:

CK YAP AUTO SERVICES
No. 40, Jalan 1, Taman Paduka
45000 Kuala Selangor, Selangor
Tel: 0176837778

Dan memandangkan angsa emas aku lama dah takde "hiburan" dalamnya, wife aku belanja la radio baru. Aku tambah reverse kamera pulak. So menyinggah la kitorang ke kedai eksesori kereta.

-Kedai E-World Auto Accessories Sungai Buloh (Sasaran)-

-Minor operation pulak hehehe-

-Siap dah pasang radio baru, Android. Boleh connect ke handphone, Internet, Bluetooth bagai-

-Reverse camera punya view. Tapi masih kena tengok kiri kanan kalau nak reverse atau keluar parking secara mengundur-

-Radio lama. Pasang tahun 2012. Skrin dah ot, button dah biol. Terima kasih atas khidmat mu selama ini-



Wassalam.

Badak Hitam Ku Merajuk (Part 4).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Cerita 2017 berulang kembali. Apa ceritanya tu? Klik SINI boss.

Sebenarnya masalah ni dah ada sebelum PKP lagi. Aku dah ready nak gi opis naik badak hitam aku tu, tengah nak kunci pagar rumah, tau tau ada asap keluar dari bawah seat tu. Off enjin, bukak pagar, sorong badak tu masuk. 

Bukak seat, tau tau ada wayar dekar dengan spoket depan tu dah cair selotepnya. Cair sebab wayar tu panas. Ni kali kedua jadi. Kali pertama jadi, masa lepas basuh motor dulu. Aku panas enjin, tau tau berasap. Kes sama gak, selotep hitam tu cair. So aku balut semula dengan tape yang guna untuk wayar eletrik tu. Kira lama gak tahan sebab aku siap bawak ride ke Johor, Kelantan bagai.


-Dalam balutan tu ada lagi 3 wayar asing asing yang berbalut. Bila cabut, soket tu, lampu depan tak nyala. Ni aky dah balut semula lepas kes berasap tu. Tak berani bawak sebab wayar tu panas.




Bila dah jadi macam tu, aku call Ah Wee. Dia nasihatkan jangan bawak motor tu, takut terbakar. Better amik tow. Ingatkan nak buat dah, tup tup kena PKP pulak. So tangguh la plan tu.

Abis PKP, 25 Jun 2020 terus tow ke kedai Ah Wee. Towing dari Motoaid. So tengok la gambar gambar kat bawah ni.


-Standby untuk di tow- 

-Abang towing dah sampai. Aku ingatkan naik 4x4, rupanye tarik trelar tu gua Wira je-

-Badak hitam dah kena ikat atas trelar (Gambar: Moto aid)-

-(Gambar: Moto aid)-

-(Gambar: Moto aid)-

-Yeay! Dah sampai kedai Ah Wee (Taipan Bikers Sdn Bhd)-

-(Gambar: Moto aid)-

-Siap untuk di operate-

-Depan kedai. Ni la si Ah Wee. Menoleh pulak dia bila aku amik gambar hahaha-

-Ni hari esoknya. Badak hitam dah siap operate-

-Bateri baru sebab bateri sebelum ni dah kong terus sebab coil tak cas. Sebab tu wayar tu jadi panas yang melampau sampai cairkan selotep tu--

-Ni la rupe coil yang burn tu. 80% burn kali nk kalau nak bandingkan dengan coil yang burn sebelum ni-

-Taipan Bikers. Harga agak keras tapi workmanship dari si Ah Wee memang aku puas hati-

-Bil si badak hitam hahaha-

-Perlukan towing? Boleh call brother ni-

Actually, petang hari yang aku hantar badak hitam aku tu, motor dah siap. Tapi sebelum tu Ah Wee call kata bateri kong terus, Cas pun tak masuk. So ganti la. Lepas tu call balik kata tayar depan aku tu dah ada "benjol". Yang tu memang kena tukar. Aku masuk Michelin Pilot Street 120/70. Ingatkan nak tukar belakang sekali, si Ah Wee takde stok pulak.

Next mission, cari tayar belakang Michelin Pilot Street pulok.

So pengajarannya, selalu selalu la "gerakkan" motor tu. Jangan takat start je. Kena bawak ride jugak. InsyaAllah ;)

Ride safe!


Wassalam.