01 July 2020

Persona Ku Merajuk (Part 6).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Part 6 dah kisah pasal angsa emas aku merajuk hahaha. OK, mula mula senarionya macam ni..

25 Jun 2020, lepas wife aku follow anta si badak hitam ke kedai Ah Wee, wife aku gi Kuala Selangor pulak hantar kereta pak mertua aku untuk repair aircond. Masa tu wife aku gi dengan mak di aje. Kereta siap esoknya (Jumaat). So Jumaat wife aku gi la dengan pak mertua aku dan sorang anak aku. Sampai je Kuala Selangor, kat simpang jalan besar lak tu, angsa emas aku "pengsan" pulak (enjin mati la). Kebetulan pomen aircond tu call kata kereta pak mertua aku dah siap. So wife aku mintak tolong la pomen tu datang. Dimudahan urusan, dapat la tarik angsa emas aku tu ke kedai servis sebelah kedai aircond kereta tu.

So 26 Jun 2020 (Sabtu), angsa emas aku dah siap operate. Fuel pump rosak. Sebelum ni dah kena gak masa kat Kapar (klik SINI untuk story tu), tahun 2017. So kali ni kena kat Kuala Selangor. Sebelum ni dah ganti radiator. Memang ada bocor kat radiator tu. Sebab tu masa jem atau jalan jauh sikit, tempreture naik maximum. Dah tukar radiator, alhamdulillah semua ok.

Untuk masalah fuel pump ni pulak, memang dah ada tanda tanda dah. Kereta susah nak start. Kalau start masa first time pulas pun, macam semput semput. Ni dah tukar fuel pump, start macam biasa dah.

So tengok lah gambar gambar ni ye.

-Time ni enjin dah stop. Tunggu pomen datang-

-Dah sampai depan kedai, pomen cek apa yang patut. Fuel pump dah kong- 
-Memandangkan dah pukul 7 malam, kena la masuk wad angsa emas aku tu-


-Yeay! Angsa emas dah sihat hahahaha!-


Total kos repair RM295.00 (RM235 fuel pump + RM60 upah). Jaminan 3 bulan.

Ni alamatnya:

CK YAP AUTO SERVICES
No. 40, Jalan 1, Taman Paduka
45000 Kuala Selangor, Selangor
Tel: 0176837778

Dan memandangkan angsa emas aku lama dah takde "hiburan" dalamnya, wife aku belanja la radio baru. Aku tambah reverse kamera pulak. So menyinggah la kitorang ke kedai eksesori kereta.

-Kedai E-World Auto Accessories Sungai Buloh (Sasaran)-

-Minor operation pulak hehehe-

-Siap dah pasang radio baru, Android. Boleh connect ke handphone, Internet, Bluetooth bagai-

-Reverse camera punya view. Tapi masih kena tengok kiri kanan kalau nak reverse atau keluar parking secara mengundur-

-Radio lama. Pasang tahun 2012. Skrin dah ot, button dah biol. Terima kasih atas khidmat mu selama ini-



Wassalam.