25 September 2021

STOP SEMENTARA DARI MEMBLOG

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Hi guys. Nampaknya, sampai sini saja aku buat entry di blog ni. InsyaAllah ada masa nanti aku sambung la memblog kat sini.



STOP SEMENTARA DARI MEMBLOG



Wassalam.

15 September 2021

Aktiviti MCO (Part 2).

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Ni lagi entry pasal sikit aktiviti masa PKP 3.0. Saje je bersih bersih helmet, jaket dengan boot tu. Dah lama sangat tak guna. Saje je check kot kot dah reput HAHAHA!.

-Bersihkan semua helmet-

-Bersihkan jaket pulak-

-Jangan dilupakan boots-



Untuk cerita penuh, boleh klik SINI.

Ride safe!


Wassalam. 

Aktiviti MCO (Part 1).

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak buat entry. Kali ni simple je ceritanya. Tampal tampal stiker sikit pada badak hitam aku tu. Sekadar meluangkan masa sedikit time PKP 3.0 ni.

Takde la banyak mana pun stiker yang aku tampal kat badak hitam aku tu, sikit sikit je. Gambar pun tak ada sebab amik video je untuk channel Mie On Bike aku tu.

-Tampal stiker pada fork-

-Dah siap tampal semua-

-Bawak badak hitam jalan jalan kejap-



Boleh tengok video di SINI.

Ride safe!


Wassalam.

08 May 2021

Sticker Bomb Helmet (Lagi).

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Entry kali ni pasal sticker bomb helmet. Tapi bukan helmet motor, tapi helmet skateboard/BMX. Beli helmet ni bukan untuk main skateboard atau BMX, tapi nak pakai masa main gel blaster nanti. Bukan aku punya, tapi wife aku punya. Dia nak aku buat sticker bomb kat helmet tu, so aku buat lah.

Beli stiker dari Shopee (pos dari China). Kali ni buat hitam putih. Sebelum ni buat kat helmet fullface dan guna stiker warna warni. (Klik SINI untuk cerita stiker bom helmet fullface tu).

So ni sikit gambar gambar pasal stiker bom helmet skateboard/BMX tu.

-100 keping stiker hitam putih beli dari Shopee. Tak guna semua pun. Guna dalam 60 keping je-

-Mula proses tampal stiker-

-Dah nak siap-

-Siap spray clear coar (gloss)-



Cerita lanjut ada kat channel YouTube Mie On Bike. Klik SINI untuk tengok video tu. Jangan lupa like, comment, subscribe, share la ye.

Ride safe!


Wassalam.

10 April 2021

Servis Badak Hitam.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni bawak badak hitam gi jalan jalan tukar minyak hitam dengan oil filter. Gi servis sebab dah lama tak gerak dan dah lebih 3 bulan. Baik aku servis sebelum bulan puasa ni.

Biasalah... gi bawak badak hitam jumpa Ah Wee dari Taipan Bikers kat Setia Alam tu. Senang sebab dah biasa denga si Ah Wee tu.






Boleh ke channel Mie On Bike untuk cerita/video nya. Klik SINI.

Ride safe!


Wassalam.

10 February 2021

The Red Project Siap!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Dekat setahun baru dapat siapkan projek merah atau Red Project aku kat badak hitam tu. Mula masa PKP 1.0 dulu. Lepas tu tertangguh sebab keje opis lah, hujan lah, repair rumah lah, buat pagar baru lah..sampai la ke PKP 2.0. Alhamdulillah siap gak akhirnya.

Bukan projek besar pun, cuma spray merah semula pada panel yang merah sebelum ni. So nampak la berseri sikit. lepas tu ada la tambah tambah stiker sikit kat badak hitam aku tu.

So tengok lah a few gambar yang aku letak ni.

-Badak hitam sebelum du bajukan semula. Masa ni piping ekzos aku dah spray dengan hi-temp spray dan radiator grill aku spray dengan flat black dan cover dengan flat clear-

-Aku mulakan denga bukak side pannier tu. Malas nak biarkan kat situ. Kalau nak ride je baru aku pasang semula-


-Aku mulakan dengan pasang panel kat bahagian pillion tu. Kita pasang yang senang senang dulu-

-Lepas dah siap pasang rear huger dan mud guard, aku start pasang fairing kanan-

-Ni aku pasang fairing kiri. Pasang dengan penuh kasih sayang ye-



Kalau nak tengok video, silalah ke channel YouTube Mie On Bike. Klik SINI untuk tengok episod aku pasang, siapkan badak hitam aku tu. So, bila dah kat channel Mie On Bike tu, sila silah lah like, subscribe, share ya. Percuma je HAHAHA!

Ride safe!


Wassalam.

01 January 2021

Selamat Tahun Baharu 2021.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.



Moga semua azam 2021 tercapai (dan azam 2020 juga hahahaha!)