28 August 2019

Sticker Bomb Helmet.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Projek sticker bomb untuk helmet ni dibuat kerana "terpaksa" hahaha. Pasai apa pulak terpaksa? Sebab, asalnya nak tampal sikit stiker kat helmet tu, sekali tu bila tarik/bukak stiker tu semula, sekali dengan coating clear kat helmet tu tertarik sekali. Hmm, apa lagi.. kena la tanggalkan coating tu (mana yang boleh lah). Lagipun tak ralat sangat sebab bukan helmet SHOEI original pun. Bila stiker SHOEI tu tertanggal sikit, rupenya perkataan sebenar adalah SHOFI hahaha.

Ni aku letak gambar gambar proses ringkas buat sticker bomb kat helmet tu.

Ni helmet/gambar asal dari Shopee. Aku beli dari Shopee je helmet ni. Harga dalam RM499 kalau tak silap aku. Bukan flip-up, dan ada double visor.


Proses menganggalkan lapisan kilat pada helmet dah bermula. Siap tanggalkan cover plastik air vent tu jugak dan span dalaman tu.. 


Dah tanggal dah. Ni sekali dengan tempat lock visor tu sekali aku tanggalkan.

Ni part air vent yang aku dah cover dengan masking tape. Aku cover part luar sebab aku nak spray hitam (spray Samurai flat black) part dalam sebab tak nak dia transparent.

Dah spray. Takyah tebal tebal, sebab spray belah dalam aje pun.

Antara stiker yang aku beli dari Lazada dan Shopee.

Ni lagi ada stiker yang akan aku gunakan dalam projek ni.

Fasa pertama penampalan stiker di helmet. Masa ni aku tampal stiker yang berkaitan dengan motor/kereta aje.




Sebelum tampal, aku tak gosok pun helmet tu dengan kertas pasir. Sebab apa tak gosok, sebab bukan nak spray pun. Stiker tu pun dah memang ada gam sendiri. So tepek aje lah.


Ni dah fasa aku tampal stiker MARVEL. Ada la gambar gambar kartun superhero. Tapi aku tak habiskan semua.



Lepas tu, fasa menutup part yang kita tak mahu kena spray clear nanti. Aku guna masking tape aje.


Part bawah helmet yang dah di cover dengan masking tape.

Aku guna spray clear Samurai.

Proses spray clear coat pun bermula.



Aku buat 12 lapisan untuk clear. Lepas 6 layer, aku stop. Esoknya baru aku spray lagi (6 layer).

Aku biarkan kering seminggu. Lepas tu barulah pasang semula air vent cover ti, visor dan span dalam.






Walaupun 12 layer aku spray, still lagi rasa stiker tu timbul. Tapi takde la rasa timbul timbul macam tak spray tu. So aku rasa kalau aku nak helmet ni rasa smooth/rata, maybe kena abiskan lagi 3-4 tin spray kot hahaha. Ni pun aku guna 1.5 tin clear spray.



Wassalam.