16 August 2019

Ride Kota Bharu (28-30 Jun 2019) - Part 1

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah lama aku tak buat entry pasal ride. Mana taknye, memang dah lama tak ride.. dasar pemalas hahaha.

Kali ni alhamdulillah, hasrat aku untuk sampai ke Kelantan dengan badak hitam aku tu tercapai. Sebelum ni dah plan bagai, tapi badak hitam aku tu merajuk pulak (kes motor semput sebab tank tuu).

Dan seperti biasa, sebelum gi ride, aku hantar badak hitam aku tu servis. Kali ni siap tuka rantai spoket bagai. Ni la first time aku tuka set rantai spoket sejak beli (tu maknanya memang aku jarang ride hehehe).

Kali ni plan ke Kota Bharu untuk 3 hari 2 malam. Pergi hari Jumaat 28 Jun 2019. Antara tujuan utama adalah nak ke Kelantan International Bike Week 2019. Satu lagi jemaah V3 nak repeat ride ke Kelantan. Aku free, follow je lah. Tapi aku gerak dari rumah lambat. So memang ride solo ke sana lah. Jumpa diorang kat hotel je.

So, malas nak taip banyak banyak, aku tepek gambar je lah ye..



Sampai BHP lepas tol Gombak tu. Jemaah lain dah gerak dah. Kat sini ak isi minyak, rehat jap.. lepas tu gerak. 

Ni stop kejap kat hiway Gua Musang ke Kota Bharu. Memang kebas dah bontot masa ni sebab ride dari Kuala Lipis. Terpaksalah stop jap walaupun takde tempat yang proper nak stop. 

SAmpai RnR Gua Musang (yang kat bandar tu). Tu pun aku dah terlajak. Patah balik. Lunch kat sini.

Rehat Sekejap katanya hehehe.

Alhamdulillah dah sampai Kota Bharu. Sebelum sampai hotel, memang banyak dah motor motor besar. Memang diorang ke bike week tu lah. Kebetulan pulak geng V3 ada lepak kat restoran bawah hotel tu. 

Ni lah hotelnya.



Malam, kitorang ke Pantai Cahaya Bulan naik Grab. Senang. Tapi masalah sikit bila nak balik sebab Grab tak nak amik hahah. Syukur ada abang tu sanggup hantar kitorang balik ke hotel.. tapi berbayar lah macam naik Grab. Takpe, yang penting semua selamat balik hotel.

Makan timeeee...










Ride safe!


Wassalam.