Sabtu 22 Mac 2014 ride ke Bukit Kepong, Johor. Actually ride ni ride untuk eskot pengantin lelaki di Bukit Kepong. FMOG V2 berkumpul di Shell lepas tol Sungai Besi tu. Tapi aku tak tunggu kat situ, aku terus ke R&R Seremban. Sampai sana ada sorang lagi member FMOG yang tunggu. Lagipun dia memang dari area Seremban.
Aku dengan wife tunggu dekat Petronas R&R Seremban tu. Banyak lagi group motor yang stop kat situ. Ada sekali tu, sorang brother ni naik Exora stop kat sebelah kitorang. Dia bagitau yang ada eksiden melibatkan motor ER6. Tapi kitorang pun tak sure samada geng FMOG atau bukan (dan sememangnya bukan).
Tak lama lepas tu, sorang lagi member kitorang sampai, so ada 3 motor la di R&R Seremban.
Dalam 30++ minit tunggu, group utama pun sampai. So kitorang terus gerak ke Tangkak untuk sarapan. Tak lama pun ride dari R&R Seremban ke Tangkak. aku rasa tak sampai sejam pun. Average speed masa kat hiway adalah 140-150 km/j. Singgah kejap di R&R Senawang untuk join dengan beberapa orang lagi geng FMOG.
-Hentian Senawang- |
Sampai Tangkak, kitorang pekena roti canai terbang. Actually dah ada set buffet yang diorang sediakan. Ada roti canai, nasi lemak dan mee goreng. Memang best la.
Dalam pukul 11+ pagi, kitorang gerak ke Bukit Kepong. Lupa lak.. Thanks to Man Barcelona sebab belanja kitorang sarapan hehehe.
-Gerai roti canai terbang, Tangkak- |
Perjalanan ke rumah pengantin memang best. Tak sibuk sangat, lepas tu ada banyak selekoh selekoh dan ada gak yang lurus tapi naik turun bukit. Memang menguji aku sebagai rider black rhino hehehe
Sampai area rumah pengantin perempuan, kitorang lepak kejap untuk tunggu pengantin lelaki sampai. Bila pengantin lelaki sampai, dia bawak/naik motor Ninja 250 salah sorang member yang join ride ni. Bikers lain follow belakang, lepas tu kereta keluarga pengantin lelaki follow.
-Lepak bawah pokok kelapa sawit pun jadi la.. Nasib baik orang tak syak apa apa hehehe- |
Geng geng FMOG dapat meja khas dengan ada kambing golek sekor. Fuh, memang best makanan & minuman yang disediakan. Lepas tu bila pengantin dah nak mula bersanding, mula la acara "lalu tol". Actually adat/acara ni ada di Johor je. Aku pun dah lama tak tengok "lalu tol" ni. Lepas tu pengantin ada lambung/campak gula gula. Sekali wife aku tengok, ada gulungan duit RM1 jugak la. Wife aku dapat collect sampai RM5 hehehe.
-Meja VIB (Very Important Bikers) yang disediakan untuk FMOG V2- |
-Pasangan pengantin yang dirai- |
-Kambing golek- |
-Kambing yang sedang "digolek"- |
-Gula gula dan duit RM1 yang diperolehi- |
Lepas dah setel urusan di rumah pengantin (salam kaut dengan tuan rumah & amik gambar) kitorang gerak ke Muzium Polis Bukit Kepong. Tapi malangnya, muzium tu tutup sebab tengah buat pengubahsuaian. Dapat la bergambar dengan 2 kereta perisai polis dan amik gambar bot polis yang ada kat depan muzium tu. Dapat gak la ke bahagian belakang muzium tu untuk tengok Sungai Muar. Malangnya jeti yang tempat bot polis terbakar tak dapat tengok jelas sebab telibat dengan renovation.
-Bot polis- |
-Kereta perisai polis- |
-Bahagian hadapan muzium- |
-Sungai Muar. Jeti (dalam bulatan) tempat dimana bot polis terbakar dalam peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong- |
Next plan kitorang ke Pantai Klebang, Melaka. Tapi sebelum tu kitorang singgah Petronas untuk isi minyak (aku tak sisi pun) dan solat di masjid yang berdekatan. Then kitorang gerak ke Pantai Klebang.
Nak ke Pantai Klebang punya la jem jalan.. Nasib baik naik motor, so cepat la sampai. Aku tak sure diorang nak lepak mana, rupa rupanya terus pergi ke muzium kapal selam. Fulamak.. memang aku suka la.. Bila lagi nak sampai ke sini kalau tak dengan geng geng FMOG hehehe.
Masuk muzium tu kena bayar RM1 sorang. Time sampai tu dah nak tutup, tapi sempat la masuk dan bergambar kat sekitar kawasan kapal selam tu. Lepas tu kitorang pekena coconut shake kat Pantai Klebang tu. Lepas maghrib baru gerak balik.
-Papan maklumat mengenai muzium kapal selam- |
-Bahagian dalam kapal selam- |
-Bahagian dalam kapal selam- |
-Antara geng FMOG V2 yang join- |
-Pekena coconut shake di Pantai Klebang- |
Singgah di Petronas untuk isi minyak. Lepak kejap dan salam salam dengan geng geng yang nak ikut laluan lain lepas tu. So, next stop adalah di R&R Seremban.
Sampai R&R Seremban, aku terus park dekat area toilet & surau. Member lain lepak kat Shell. So kitorang kira berpisah kat situ la. Lepas solat, singgah jap untuk beli air. Dalam pukul 9.45 malam, aku & wife teruskan perjalanan balik.
Sampai rumah dalam pukul 11 malam (lepas amik anak anak aku dari rumah mak mertua). Alhamdulillah, semua selamat sampai. Perjalanan sejauh 500+ km dan RM50 minyak begitu menyeronokkan.
Safe ride semua!
Wassalam.