Rabu lepas (5 Mac 2014) dapat panggilan dari Kawasaki Malaysia untuk temujanji bagi pemeriksaan "kesihatan" black rhino aku. Actually, ni isu pasal valve motor ER6 dan Versys 650 yang patah atau putus masa tengah ride. Dikatakan kualiti valve yang dipasang di Thailand adalah dari kualiti yang kurang baik. Jadi Kawasaki tukar dengan valve yang berkualiti. Kawasaki recall semua variant 650 untuk buat sesi pemeriksaan valve dan tukar kesemua valve serta ditambah dengan 2 tahun atau 20,000 km jaminan.
Aku buat appointment hujung bulan Disember 2013 lepas. So bulan Mac 2014 dapat call dari Kawasaki. Aku kena hantar black rhino aku hari Jumaat (6 Mac) antara pukul 5 hingga 6 petang. Lepas tu ambil semula black rhino aku tu hari Sabtu (7 Mac) belah petang.
So, hari Jumaat aku mintak tolong wife aku follow ke Kawasaki kat Glenmarie Shah Alam tu. Aku sampai ngam ngam kol 5 petang. Masuk je area Kawasaki tu, aku tengok dah banyak motor ER6 dan Versys parking. Ada yang dah siap dan ada yang standby untuk kena tinggal semalaman (termasuklah black rhino aku tu).
Mula mula ada staf Kawasaki datang cek motor. Start enjin, tengok apa apa eksesori yang ada kat motor tu, cek mana mana bahagian body yang rosak atau calar dan dia akan catatkan pada borang pendaftaran. Bukan apa, cuma nak pastikan yang (kalau ada) kerosakan atau kecacatan pada motor time motor tu dihantar. Mana la tau kot kot time nak ambil motor, ada lak yang rosak, calar atau eksesori hilang.
Lepas je black rhino aku diperiksa, aku diminta untuk isi borang. Lepas tu satu salinan akan diberikan kepada pemilik dan pemilik boleh datang pada hari esok untuk tuntut semula motor. Lepas dah setel semua, aku pun balik la dengan wife aku.
Hari Sabtu aku pergi Kawasaki dengan wife dan anak anak aku. Sampai sana dalam 4.30 petang. Aku tengok ada brother Versys yang tengah cek cek motor dia (dah siap la tu). Kemudian dia terus sapa aku dan bagitau bila nak ambil motor, kena cek betul betul. Dia kata ada kes yang ekzos motor tak pasang betul, ada bahagian yang skru atau nat longgar.. kes minyak enjin keluar pun ada. Cuak gak aku dengar.
Lepas tu aku ke kaunter untuk ambil kunci black rhino aku tu. Bila dah dapat kad jaminan tambahan dan kunci aku pun pergi la ke black rhino aku tu. Kat tank ada ditampal stiker "Health Check" sebagai bukti dah dibuat pemeriksaan dan pertukaran valve motor. Dan ada juga "tanda" dibuat berhampiran nombor chasis motor.
-"Tanda" yang dibuat pada motor sebagai bukti pemeriksaan- |
-Kad jaminan 2 tahun atau 20,000km- |
-Kad jaminan yang perlu di cop oleh authorized dealer bila buat servis yang seterusnya- |
-Stiker yang ditampal- |
Aku panaskan enjin, lepas tu bawak keluar dari Kawasaki. Park depan kereta dan aku start pakai riding gear aku. Aku buat checking ringkas pada motor aku (nampak macam biasa je, macam takde tukar apa apa pun kehkehkeh). Semua eksesori ada, minyak pun takde yang keluar. Alhamdulillah, ride dari Shah Alam ke rumah mak aku tak ada apa apa masalah. Tapi apa yang peliknya, bila aku bukak seat motor tu, kain lap (yang aku tinggalkan) dalam motor tu, basah. Bukan basah sikit, tapi basah macam diguna untuk lap motor. Hmm, Kawasaki tolong basuhkan motor ke? Kalau ye, takkan nak gunakan kain lap orang lain? Kalau kena hujan pun, biasanya basah separuh je, ni basah semua. Nasib baik tool kit aku keluarkan awal awal. Satu lagi masalah, kunci motor aku susah nak ditarik keluar dila dah off enjin. Padahal aku selalu gak minyakkan tempat kunci tu. Tah kenapa tah huhuhu..
Apa apa hal pun, harap lepas ni takde la kes pasal valve ni lagi. Bukan apa, risau gak sebab hujung Mac ni aku nak ride hehehe.
Safe ride!
Wassalam.