12 hingga 14 Jun 2015 (Jumaat hingga Ahad) lepas kena pergi kursus di A Famosa Resort Melaka. Wife aku pun kena pergi jugak. Ingatkan tak jadi, tapi jadi jugak pergi. Seronok la sebab dapat "bercuti" sambil berkursus.
Cadangan asal aku & wife nak naik bas dari Shah Alam. Tapi memandangkan aku abis solat Jumaat dari rumah dalam kol 2 pm lebih, so aku decide nak drive sendiri je. Boleh je kalau nak naik motor, tapi time tu hujan, tu yang malas nak naik moto.
Dalam 3.30 petang aku bertolak dari rumah. Alhamdulillah jalan tak jem. Sampai destinasi dalam jam 5.30 petang kalau tak silap aku.
Sampai je terus cek-in dan siap siap untuk dinner dan aktiviti pertama jam 8.30 malam tu. Dinner dan dewan terletak di Golf Terrace (kalau tak silap nama). Kena la jalan kaki sikit dari hotel.
Hari esoknya start jam 8.30 pagi dan habis dalam jam 5.30 petang. Lepas tu kira aktiviti bebas. So apa lagi, kitorang keluar untuk makan durian.
-Kena present research hehehe- |
Kitorang pilih untuk makan di tempat yang ala ala dusun la. Makan la 4 biji. 2 durian tembaga dan 2 lagi "durian aiskrim" katanya. Yang rasa aiskrim tu isinya memang lembut, manis & ada rasa vanila.. diorang kacuk durian dengan aiskrim vanila kot. Takpun, time baja pokok durian tu, diorang tuang sekali aiskrim vanila hehehe. So makan 4 biji = RM300+ hahaha. Apa lagi, kongsi kongsi la bayar.
Malam pulak kitorang gi tengok Cowboy show. Dapat diskaun untuk tiket masuk (sebab kitorang kursus kat A Famosa). So harga tiket jadi la RM22 sorang. Balik hotel dekat jam 11 malam.
Esoknya aktiviti terakhir dan aku gerak balik dalam jam 11.30 pagi. Alhamdulillah jalan clear dan sampai rumah dekat kol 2 petang (tu pun sebab ada singgah R&R kejap).
Wassalam.