Kali ni FMOG V2 memenuhi undangan salah seorang sahabat ke majlis perkahwinan adik ipar beliau di Felda Palong 2, Negeri Sembilan. So 6 Jun 2015 (Sabtu), beberapa orang jemaah FMOG V2 telah berangkat ke sana.
Aku seperti biasa akan tunggu di R&R Seremban. Jemaah yang lain berkumpul di Shell selepas tol Sungai Besi tu. Aku bukan apa, cuma tak sure je jalan nak tuju ke sana dari rumah aku hehehe.
-Petronas R&R Seremban. Memang sesak time aku sampai. Banyak gak group motor lain yang ada time tu- |
-Menanti dengan penuh kesabaran hehehe- |
Sampai R&R Seremban dalam jam 8.20 pagi. Time tu dah memang sesak dah kat R&R tu. Maklum la, cuti sekolah, hujung minggu.. so memang jem la.
Dalam jam 9 pagi jemaah lain sampai, dan aku pun join terus. Jalan memang jem. Nak selit/mencelah pun agak susah. Apa lagi, terus terpisah. Aku pun tak sure nak exit mana nanti. Tapi at last ada jumpa geng lain dan exit ikut Senawang. Tapi time tu jalan dah clear sebab banyak kenderaan yang exit ikut Seremban/Port Dickson.
Bila dah regroup semula (di Petronas Ampangan 2), perjalanan diteruskan untuk sarapan di Ameng Kopitiam. Aku & wife makan roti bakar, telur separuh masak & minum kopi ais.
Lepas sarapan, ride diteruskan ke Felda Palong 2 untuk kenduri kahwin. Perjalanan memakan masa dalam sejam setengah gak la. Sampai sana, rileks kejap. Lepas tu baru makan. Dalam pukul 1.30 petang, kitorang ke masjid yang berhampiran untuk solat.
-Shukri & Iza; tuan rumah yang mesra alam hehehe. Terima kasih atas jemputan ye- |
-Pengantin yang diraikan. Moga bahagia & kekal hingga ke jannah, amin!- |
-Singgah masjid untuk solat seketika- |
-Lepas solat.. ON THE BIKE!!- |
Lepas solat, ride diteruskan ke Seremban. Apa lagi.. nak makan la hehehe. Singgah di Chicken Ball Ball Rice Restaurant di Seremban. Sampai je sana, terus hujan lebat. Lepas dah makan, rehat & hujan pun dah reda, kitorang pun bersurai.
Alhamdulillah semua selamat. Aku & wfe sampai rumah dalam jam 7.20 malam. Toatal milage dalam 433+ km (pergi balik) dan minyak dalam RM35+ (RON95 jeeeee).
Gambar tambahan dari member V2:
Safe ride!
Wassalam.