31 December 2020

Spray Merah dan Clear.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Lambat update proses spray Badak Hitam aku tu. Haritu dah spray epoxy dengan putih. Lepas tu hari tak berapa nak panas dan kadang kadang hujan, so tergendala la kejap projek spray aku ni.

So bila hari dah panas, aku start semula. Kali ni spray merah dan spray clear coat. Clear coat yg glossy punye.

Korang tengok la gambar gambar kat bawah ni ya.











Aku guna Samurai Red 33/6 dengan Samurai Clear 1/128. Merah 3 lapis, clear coat 3 lapis. Setiap lapis aku biarkan 15-20 minit untuk kering.

Lepas ni pasang stiker kat mana yang patut dan pasang semula ke Badak Hitam aku tu.

Video ada di YouTube (Mie On Bike) <-- klik lah.

Ride safe!


Wassalam.

12 December 2020

Spray Epoxy dan Undercoat.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Haa.. ni sambungan dari post yang lepas. Haritu aku buang cat lama, kali ni kita kasi spray epoxy dan undercoat.

Untuk epoxy aku guna spray Samurai 2K04 Epoxy Surfacer (Silver) dan untuk undercoat aku guna White 2/102. Ada juga part yang aku spray kaler hijau (Kawasaki). Yang ni aku guna Green K417*.

Spray epoxy tu agak kuat baunya, so kena la pakai face mask masa nak spray tu. Lagi satu aku nak ingatkan, bila dan buka/guna spray epoxy 2K tu, dia tak boleh simpan lama lama. Kena abiskan. Kalau tak dia akan mengeras kat dalam tin tu, so tak boleh nak spray lagi dah. Orang Samurai kata tahan dalam 4 jam... ada mat saleh tu kata (kat YouTube) kata 16 jam. Aku kena dalam sehari semalam. Mula mula guna, lepas tu ada separuh. Bila nak guna esoknya, epoxy tu dah mengeras. So kena la bukak yang baru.

Orait, tengok lah gambar gambar yang ada kat bawah ni.


-Aku buat 3 layer untuk tiap tiap panel-

-Bila dah siap epoxy, biar kering. Lepas tu aku gosok dengan kertas pasir 800 bagi permukaan panel tu licin-

-Ni dah start proses untuk undercoat putih. Untuk undercoat, aku buat 2 layer je-


-Yang ni part tepi enjin kat fairing utama. Aku cover dengan Samurai Hi-Temp spray-

-Ni part aku spray dengan hijau Kawasaki-


So tengoklah videonya kat YouTube. Channel Mie On Bike. <--klik sini. Sila subscribe, like, komen, share la ye.


Ride safe!


Wassalam.

05 December 2020

Buang Cat Lama.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Ni cerita pasal aku nak repaint bahagian merah kat badak hitam aku tu. Bukan apa, cuma ada bebeapa bahagian yang dah tak rata sebab mengelupas sendiri dan sebab aku dok tukar tukar stiker. So dah nampak comot dan tak rata.

Sebelum projek ni mula, aku research dulu kat YouTube dan Google untuk cari cara yang agak senang untuk tanggalkan cat lama pada bahagian motor. So aku jumpa spray Samurai Paint Remover PR500*. Kena spray banyak dan ulang ulang proses spray dan kikis tu sebab cat lama kat badak hitam aku tu agak tebal. Kena buat hati hati kalau tak mau calar dalam bahagian yang kita nak buang cat tu.

-Samurai PR500* Paint Remover. Aku beli kat Shopee. Untuk projek ni aku beli dalam 4 tin. Biar lebih jangan kurang-

- Spray dengan rata. Kalau terkena tangan rasa gatal gatal. Bau pun agak kuat. So better tutup mulut dan hidung dan pakai lengan panjang-

- Lepas spray tunggu la dalam  5-10 minit untuk spray tu meresap-

-Celah celah tu pun kasi spray lebih sikit sebab nak kikis susah sikit sebab banyak lekuk lekuk dia-

-Lepas spray tu, kita boleh nampak reaksi kimia yang berlaku. Cat lama dah mula gelembung gelembung-

Lepas dah kikis cat lama tu, gosok la dengan kertas pasir, guna teknik wet sanding. Patut gosok dengan kertas pasir yang kasar sikit (500-600) tapi aku ada banyak yang 800 punya, so belasah aje lah. Menjadi jugak hahahaha.

-Kikis dengan hati hati. Jangan tekan kuat sangat-

-Ni rupa mudguard depan yang aku dah kikis. Kalau ada lebih lebih cat lama tu, biarkan je.. boleh gosok dengan kerta spasir nanti (wet sanding ya).

So lepas dah gosok, cat lama dah banyak hilang, basuh bersih bersih, biarkan kering. Lepas tu boleh la spray dengan epoxy surfacer. Tu dalam entry lain aku akan cerita.

-Ni rupa mudguard depan yang aku dah sand dan basuh. Nampak je macam tu, tapi dah licin. Boleh spray dengan epoxy lepas ni-


Video proses ni ada kat channel Mie On Bike aku tu. <-- klik sini. Sila subscribe, like, komen, share la ye.

Ride safe!


Wassalam.  

06 November 2020

MIE ON BIKE (MOB).

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Just nak inform yang aku dah ada YouTube Channel. Channel tu aku letak nama MIE ON BIKE (MOB). (klik SINI).

So korang boleh la cari kat YouTube, MIE ON BIKE tu. Baru je nak mula. Tak banyak video lagi. Ada video ride pun lepas abis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu... bila dah start PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) baru la ada ride sikit.

Sebelum COVID bagai ada la gak shoot video, tapi belum sempat aku edit, abis external aku corrupt. So takde la video sangat dalamchannel aku tu.

Aku shoot guna dua SJCAM. Satu SJ4000 dan satu lagi SJ5000 plus. Boleh la dari segi kualitinya. Cuma dua dua kamera ni takde adapter untuk external microphone. Aku tak kisah sebab bukannya aku nak membebel masa ride hahaha!

So, sila la cari MIE ON BIKE. Sila la juga Like, Comment, Share dan Subscribe. Free aje pun hehehe. Tapi jangan kondem over over dah lah. Aku ni sensitif orangnya kehkehkeh.




Ride safe!


Wassalam.

Gatal Tangan (Part 11).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Lama dah tak update blog... busy sokmo. Lebih lebih musim misum COVID 19 ni. Mana boleh ride sangat. Time buat entry ni pun kena work from home.

Kali ni aku godek ekzos badak hitam aku tu. Dah berkarat/lusuh aku tengok. Dulu ada la sekali dua aku gosok ekzos (part depan tu) supaya kilat sikit. Ikut petua petua dan cara dari group motor kat Facebook tu. Tapi lelama jadi balik kusam/karat nya tu.

So kali ni aku spray je dengan Samurai Hi-Temp, macam aku buat kat Black Stallion (Ninja 250) aku dulu.

Kejap je proses nya. Buka semua apa yang patut, pastu gosok dengan kertas pasir supaya licin. Then spray. Biar kering 24 jam. Pastu pasang balik. Done!

-Ini la rupa spray Samurai Hi-Temp tu. Boleh beli kat kedai hardware atau beli online-

-Part chrome ni pun aku sental dengan Autosol bior kilat sikit-

-Selesai masalah karat karat kat ekzos ni HAHAHA!-

-Payah gak aku nak pasang bahagian ni-



-Dah siap pasang, aku kasi start badak hitam ni sekali. Memang akan berasap pada ekzos tu sebab dia "masak" powder hi-temp tu. Bila dah panas, asap tu hilang. So jangan la risau-

-Ni next projek aku... nak re-spray panel yang warna merah. Semua part aku dah tanggalkan kecual part kat kepala.lampu tu sebab aky tak tahu/tak berani nak tanggalkan HEHEHE-




Ride safe!


Wassalam.

07 August 2020

HJC Full Face Helmet.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Memenag niat nak belikan helmet baru untuk wife aku. Guna untuk ride jauh jauh sebab BELL Revolver yang aku belikan dulu, aku rasa macam berat je kalau buat ride jauh jauh (klik SINI). So aku belikan yang baru then BELL tu pakai masa gi opis je.

So pencarian bermula dan jumpa la helmet HJC full face kat Lazada ni. So terus beli sebab harganya RM390 + RM8 pos. Ada sale. Harga asal RM519

Tapi nak dijadikan cerita, barang tak sampai. Tau tau bila cek status kat Lazada, Delivery Failed katanya. Sebabnya: alamat salah. Kepala hotak dia salah. Dah berapa lama aku guna alamat yang sama, sampai je barang barang tu. Lazada guna LEX untuk hantar helmet tu. Dah pernah jadi dah barang tak dapat hantar kalau dengan LEX ni. Banyak kali lak tu. Tau tau kensel sendiri. Hampeh! Orang kedai tu siap call lagi. Last last aku komplen dengan Lazada. Kensel order dan dapat refund. Konfirm aku takkan guna Lazada lagi! Terus gi Welly Klang beli helmet tu.

Sampai je kedai, lepas wife aku try pakai, aku pun sambar satu jugak HAHAHA! Brand sama, model sama, cuma design je lain sikt. Aku beli HJC model CS 15 Songtan (design camo). Aku punye design MC5SF (grey), wife aku MC1SF (red).

Korang tengok lah gambar gambar ni.

-Biar murah, asal ori. Beli kat Welly Klang-

-Harga asal RM519. Lepas diskaun/sale jadi RM390 jeeeerrr-



-Aku memang cari yang ada "pelapik" kat dagu tu. So kalau pasang intercom, takde la bising-





-Senang nak masuk spek-


Helmet ni pada aku memang ringan. Tak bising bila bawak dalam 120kmj-140kmj. Selesa bila pakai. Rasa macam pakai SHOEI Z-7 aku tu. Berbaloi lah rasa beli helmet ni. Korang cari lah review kat YouTube.

Ride safe!


Wassalam.  

20 July 2020

Gatal Tangan (Part 10).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Lanjutan dari projek side pannier haritu (cerita pernuh kat SINI), kali ni aku buat projek nak "ikat" saddle bag aku tu. So takyah nak sangkut kat seat guna tali saddle bag yang sedia ada tu. So takde la pillion duduk atas strap/tali saddle bag tu.

Saddle bag tu aku sangkut pada side pannier tu. Masukkan ke celah pannier tu. Tapi kena tambah velcro pada flap saddle bag. Jahit sendiri bagi kuat. Dan kena letak gak velcro kat beberapa tempat yang perlu. Lepas tu aku buat tali velcro supaya boleh "balut" saddle bag tu. Kiranya ada la safety sikit bila sangkut saddle bag tu.

Ni gambar gambar projek aku tu.


-Velcro saiz 4 inci lebar. Panjang aku beli 8 meter. Biar lebih jangan kurang. Kalau beli velcro ni memang datang dalam 1 set pelekatnya. Means part yang lembut dan part yang keras (lekat dan melekat). Boleh beli onine atau beli kay kedai jahitan/barang pegantin- 
-Ni jenis gam fabrik yang aku beli sekali dengan velcro tu. Memang kuat. Bila dah guna/bukak, simpan dalam peti ais. Don't worry, tak keras. Still boleh guna macam biasa-



-So pada bahagian velcro yang lembut tu, dijahitkan part velcro yang keras tu. Supaya masa lilit velcro tu nanti, boleh la melekat/bercantum-

-Ni part flap saddle bag aku tu. Yang ni aku jahit je-

-Part body saddle bag tu, aku guna gam-

-Part yang akan aku selitkan flap saddle bag tu-

-Part ni pun sama-

-Aku selit dalam ni-

-Selit macam ni-

-Lekatkan velcro yang dijahit pada flap tadi dan yang digam tadi. Dalam gambar ni part yang dah memang ada velcro asal pada saddle bag untuk silang/letak atas seat pillion-

-Kemudian strap velcro tu aku lilitkan saddle bag macam ni. Aman sikit hati bila ride nanti sebab tau ada benda yang "mengikat" bag tu-

-Kena buat dua lilit untuk setiap saddle bag-

-Part merah tu aku kena letak/gam velcro yang keras tu supaya strap velcro belah belakang tu tak melorot keluar-


-Ni velcro keras yang aku dah gam pada part bawah saddle bag. Buat kat dua dua bag ye-


Ride safe!


Wassalam.