12 December 2020

Spray Epoxy dan Undercoat.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Haa.. ni sambungan dari post yang lepas. Haritu aku buang cat lama, kali ni kita kasi spray epoxy dan undercoat.

Untuk epoxy aku guna spray Samurai 2K04 Epoxy Surfacer (Silver) dan untuk undercoat aku guna White 2/102. Ada juga part yang aku spray kaler hijau (Kawasaki). Yang ni aku guna Green K417*.

Spray epoxy tu agak kuat baunya, so kena la pakai face mask masa nak spray tu. Lagi satu aku nak ingatkan, bila dan buka/guna spray epoxy 2K tu, dia tak boleh simpan lama lama. Kena abiskan. Kalau tak dia akan mengeras kat dalam tin tu, so tak boleh nak spray lagi dah. Orang Samurai kata tahan dalam 4 jam... ada mat saleh tu kata (kat YouTube) kata 16 jam. Aku kena dalam sehari semalam. Mula mula guna, lepas tu ada separuh. Bila nak guna esoknya, epoxy tu dah mengeras. So kena la bukak yang baru.

Orait, tengok lah gambar gambar yang ada kat bawah ni.


-Aku buat 3 layer untuk tiap tiap panel-

-Bila dah siap epoxy, biar kering. Lepas tu aku gosok dengan kertas pasir 800 bagi permukaan panel tu licin-

-Ni dah start proses untuk undercoat putih. Untuk undercoat, aku buat 2 layer je-


-Yang ni part tepi enjin kat fairing utama. Aku cover dengan Samurai Hi-Temp spray-

-Ni part aku spray dengan hijau Kawasaki-


So tengoklah videonya kat YouTube. Channel Mie On Bike. <--klik sini. Sila subscribe, like, komen, share la ye.


Ride safe!


Wassalam.