05 December 2020

Buang Cat Lama.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Ni cerita pasal aku nak repaint bahagian merah kat badak hitam aku tu. Bukan apa, cuma ada bebeapa bahagian yang dah tak rata sebab mengelupas sendiri dan sebab aku dok tukar tukar stiker. So dah nampak comot dan tak rata.

Sebelum projek ni mula, aku research dulu kat YouTube dan Google untuk cari cara yang agak senang untuk tanggalkan cat lama pada bahagian motor. So aku jumpa spray Samurai Paint Remover PR500*. Kena spray banyak dan ulang ulang proses spray dan kikis tu sebab cat lama kat badak hitam aku tu agak tebal. Kena buat hati hati kalau tak mau calar dalam bahagian yang kita nak buang cat tu.

-Samurai PR500* Paint Remover. Aku beli kat Shopee. Untuk projek ni aku beli dalam 4 tin. Biar lebih jangan kurang-

- Spray dengan rata. Kalau terkena tangan rasa gatal gatal. Bau pun agak kuat. So better tutup mulut dan hidung dan pakai lengan panjang-

- Lepas spray tunggu la dalam  5-10 minit untuk spray tu meresap-

-Celah celah tu pun kasi spray lebih sikit sebab nak kikis susah sikit sebab banyak lekuk lekuk dia-

-Lepas spray tu, kita boleh nampak reaksi kimia yang berlaku. Cat lama dah mula gelembung gelembung-

Lepas dah kikis cat lama tu, gosok la dengan kertas pasir, guna teknik wet sanding. Patut gosok dengan kertas pasir yang kasar sikit (500-600) tapi aku ada banyak yang 800 punya, so belasah aje lah. Menjadi jugak hahahaha.

-Kikis dengan hati hati. Jangan tekan kuat sangat-

-Ni rupa mudguard depan yang aku dah kikis. Kalau ada lebih lebih cat lama tu, biarkan je.. boleh gosok dengan kerta spasir nanti (wet sanding ya).

So lepas dah gosok, cat lama dah banyak hilang, basuh bersih bersih, biarkan kering. Lepas tu boleh la spray dengan epoxy surfacer. Tu dalam entry lain aku akan cerita.

-Ni rupa mudguard depan yang aku dah sand dan basuh. Nampak je macam tu, tapi dah licin. Boleh spray dengan epoxy lepas ni-


Video proses ni ada kat channel Mie On Bike aku tu. <-- klik sini. Sila subscribe, like, komen, share la ye.

Ride safe!


Wassalam.