31 December 2020

Spray Merah dan Clear.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Lambat update proses spray Badak Hitam aku tu. Haritu dah spray epoxy dengan putih. Lepas tu hari tak berapa nak panas dan kadang kadang hujan, so tergendala la kejap projek spray aku ni.

So bila hari dah panas, aku start semula. Kali ni spray merah dan spray clear coat. Clear coat yg glossy punye.

Korang tengok la gambar gambar kat bawah ni ya.











Aku guna Samurai Red 33/6 dengan Samurai Clear 1/128. Merah 3 lapis, clear coat 3 lapis. Setiap lapis aku biarkan 15-20 minit untuk kering.

Lepas ni pasang stiker kat mana yang patut dan pasang semula ke Badak Hitam aku tu.

Video ada di YouTube (Mie On Bike) <-- klik lah.

Ride safe!


Wassalam.

12 December 2020

Spray Epoxy dan Undercoat.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Haa.. ni sambungan dari post yang lepas. Haritu aku buang cat lama, kali ni kita kasi spray epoxy dan undercoat.

Untuk epoxy aku guna spray Samurai 2K04 Epoxy Surfacer (Silver) dan untuk undercoat aku guna White 2/102. Ada juga part yang aku spray kaler hijau (Kawasaki). Yang ni aku guna Green K417*.

Spray epoxy tu agak kuat baunya, so kena la pakai face mask masa nak spray tu. Lagi satu aku nak ingatkan, bila dan buka/guna spray epoxy 2K tu, dia tak boleh simpan lama lama. Kena abiskan. Kalau tak dia akan mengeras kat dalam tin tu, so tak boleh nak spray lagi dah. Orang Samurai kata tahan dalam 4 jam... ada mat saleh tu kata (kat YouTube) kata 16 jam. Aku kena dalam sehari semalam. Mula mula guna, lepas tu ada separuh. Bila nak guna esoknya, epoxy tu dah mengeras. So kena la bukak yang baru.

Orait, tengok lah gambar gambar yang ada kat bawah ni.


-Aku buat 3 layer untuk tiap tiap panel-

-Bila dah siap epoxy, biar kering. Lepas tu aku gosok dengan kertas pasir 800 bagi permukaan panel tu licin-

-Ni dah start proses untuk undercoat putih. Untuk undercoat, aku buat 2 layer je-


-Yang ni part tepi enjin kat fairing utama. Aku cover dengan Samurai Hi-Temp spray-

-Ni part aku spray dengan hijau Kawasaki-


So tengoklah videonya kat YouTube. Channel Mie On Bike. <--klik sini. Sila subscribe, like, komen, share la ye.


Ride safe!


Wassalam.

05 December 2020

Buang Cat Lama.

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Ni cerita pasal aku nak repaint bahagian merah kat badak hitam aku tu. Bukan apa, cuma ada bebeapa bahagian yang dah tak rata sebab mengelupas sendiri dan sebab aku dok tukar tukar stiker. So dah nampak comot dan tak rata.

Sebelum projek ni mula, aku research dulu kat YouTube dan Google untuk cari cara yang agak senang untuk tanggalkan cat lama pada bahagian motor. So aku jumpa spray Samurai Paint Remover PR500*. Kena spray banyak dan ulang ulang proses spray dan kikis tu sebab cat lama kat badak hitam aku tu agak tebal. Kena buat hati hati kalau tak mau calar dalam bahagian yang kita nak buang cat tu.

-Samurai PR500* Paint Remover. Aku beli kat Shopee. Untuk projek ni aku beli dalam 4 tin. Biar lebih jangan kurang-

- Spray dengan rata. Kalau terkena tangan rasa gatal gatal. Bau pun agak kuat. So better tutup mulut dan hidung dan pakai lengan panjang-

- Lepas spray tunggu la dalam  5-10 minit untuk spray tu meresap-

-Celah celah tu pun kasi spray lebih sikit sebab nak kikis susah sikit sebab banyak lekuk lekuk dia-

-Lepas spray tu, kita boleh nampak reaksi kimia yang berlaku. Cat lama dah mula gelembung gelembung-

Lepas dah kikis cat lama tu, gosok la dengan kertas pasir, guna teknik wet sanding. Patut gosok dengan kertas pasir yang kasar sikit (500-600) tapi aku ada banyak yang 800 punya, so belasah aje lah. Menjadi jugak hahahaha.

-Kikis dengan hati hati. Jangan tekan kuat sangat-

-Ni rupa mudguard depan yang aku dah kikis. Kalau ada lebih lebih cat lama tu, biarkan je.. boleh gosok dengan kerta spasir nanti (wet sanding ya).

So lepas dah gosok, cat lama dah banyak hilang, basuh bersih bersih, biarkan kering. Lepas tu boleh la spray dengan epoxy surfacer. Tu dalam entry lain aku akan cerita.

-Ni rupa mudguard depan yang aku dah sand dan basuh. Nampak je macam tu, tapi dah licin. Boleh spray dengan epoxy lepas ni-


Video proses ni ada kat channel Mie On Bike aku tu. <-- klik sini. Sila subscribe, like, komen, share la ye.

Ride safe!


Wassalam.